Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Siapa yang memelihara solat, maka solat itu
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahaw :
10 orang yang solatnya tidak diterima oleh
Allah S.W.T, antaranya:
1. Seorang lelaki yang solat sendirian tanpa
membaca sesuatu.
2. Seorang lelaki yang mengerjakan solat
tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Seorang lelaki yang menjadi imam,
padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
4. Seorang lelaki yang melarikan diri.
5. Seorang lelaki yang minum arak tanpa
mahu meninggalkannya(Taubat).
6. Seorang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Seorang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang
buruk."
Astagfirullah semoga kita bisa menjadi lebih baik lagi dari sebelumnya, bisa lebih taat kepada perintah Allah SWT aminn ya robal alamin
Get Dapet Emas
Get Dapet Emas

0 Komentar